INSAN YANG LEMAH

INSAN YANG LEMAH

Monday, December 10, 2012

10/12/12

Setelah sekian lama blog diwujudkan atas kecenderungan mengeksploitasi dunia maya yang serba canggih...pertama kali aku menukilkan tinta-tinta kehidupanku....

Kenapa hati rasa pedih bagai dicarik-carik sembilu kerinduan????
Sedar tak sedar sudah genap 4 bulan diriku selamat bertebaran di salah satu bumi Anbiyya'......Bumi Sham(JORDAN).....

Namun...bagaimana harus ku jelaskan bahawa dikala ini jiwa ku umpama kosong dan kekontangan bukan kerana kekurangan wang ringgit....tapi diri ini bagai mencari sesuatu yang tidak diketahui usul dan perkhabaran sohihnya....aku umpama merindui kenangan silam tika ak di Tanah Air....
Kini tiada lagi bayangan redup wajah ayah dan kehangatan kasih ibu juga kebahagiaan berukhuwah yang ku rasai...

Mungkinkah semuanya merupakan kesalahanku...aku kah yang selalu memencilkan diri atau sememangnya ak x layak didampingi rakan dan taulan....Kekosongan ini kian menyengat jiwa dikala banyak urusanku bertemu rintangan yang tidak ku tahu kepastian di penghujungnya....apakah ini petanda yang aku ini lemah jiwanya....sepanjang kehidupanku penghijrahan ini yang aku sekeluarga nantikan....tapi apakah yang patut ku tafsirkan dari segala ujian Allah terhadap aku.....

Nun jauh di lubuk hatiku....aku sedar segala ujian ini bukan untuk menindasku....bahkan mengajar ak erti kehidupan yang sebenar....erti bermuamalat dengan golongan manusia yang sangat ajnabi bagi kita....

Satu harapanku dan akan ku sandarkan pada kekudusan terhadap Rabb.....jangan lepaskan ak dari pandangan kasih mu...sesungguhnya...kasihmu yang menjadi dambaan jiwa yang kekontangan ini...sinarilah ia dan suburkan ia dengan sejuta kekuatan dan keimanan yang teguh utk menempuh hari mendatang....

Wednesday, July 21, 2010

Salam Jihad


Salam jihad buat semua...pastikan anda tidak melepaskan peluang mengikuti perkembangan blog saya,jika terdapat sebarang komen dan pandangan boleh lah postkn pandangan dan pendapat anda agar dapat sama-sama kita kongsi bersama.....